Monday, October 31, 2011

KESAN KEBIADAPAN DI DUNIA SIBER

Berdasarkan kepada artikel yang ditulis oleh DR. Rahmat mengenai Kesan Kebiadapan Di Dunia Siber, ingin saya kupas mengenai tajuk ini. berikut adalah komen yang ingin saya keutarakan.
            Semua orang tahu mengenai Internet dan kegunaan Internet itu sendiri. Zaman sedang mengalami perubahan di mana segalanya memerlukan teknologi jika mahu menggunakan sesuatu produk. Hal ini sama dengan penggunaan Internet. Setiap hari pengguna internet bertambah dan akan bertambah di masa hadapan. Jika Internet digunakan secara positif dan beretika banyak manfaat yang akan didapat. Akan tetapi, jika kita menggunakan Internet sebagai medium untuk melakukan perkara-perkara yang berunsurkan negatif, ia seakan-akan mencerminkan siapa diri kita yang sebenar.
            Kebebasan siber telah disalahertikan oleh sesetengah pihak yang merupakan sebahagian besar pengguna Internet. Dalam Internet pelbagai salah tanggapan dan idea mengenai sesuatu perkara tersebut terus menggunakan internet sebagai cara untuk mereka melepaskan rasa marah dan dendam terhadap isu politik, individu, organisasi, kerajaan Malaysia sendiri serta amarah kepada kaum – kaum di Malaysia.
Walaupun pada dasarnya, kerajaan telah mengubal dasar dan telah memperuntukkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan telah diulang dalam Bil Jaminan Koridor Raya Multimedia yang bermatlamat falsafah murni bercorakkan demokrasi, tetapi ia masih disalahertikan oleh sesetengah pengguna Internet. Mereka menganggap mereka bebas menyatakan pendapat mereka tidak kira ia ditujukan kepada siapa. Hal ini sebenarnya wajar dielakkan kerana sesiapa yang membacanya kadang-kadang akan tersalah anggap mengenai sesuatu isu itu.
Pada masa ini, pelbagai caci – maki terhadap kaum yang lain semakin berleluasa dengan keputusan di carian enjin di Internet melebihi 100,000 artikel. Ini menunjukkan kadar mentaliti rakyat Malaysia semakin rendah kerana mereka melepaskan rasa marah dan rasa ketidakpuasan hati mereka di Internet serta kita bayangkan jika ada pihak lain yang membacanya dan tidak berpuas hati dengan penulisan anda, maka masalah yang lebih besar boleh terjadi.
Jika kita lihat dalam Internet pada kini, pelbagai maklumat dan informasi mengenai sesuatu perkara yang berkaitan, akan tetapi jika isu itu bercanggah dengan prinsip dan harapan kerajaan yang mahukan iaitu keharmonian sosial dan keamanan antara kaum terpelihara. Di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Sekitar tahun 1969, atau lebih tepat lagi pada 13 Mei 1969 merupakan salah satu titik hitam di Malaysia pada ketika itu kerana Malaysia mengalami masalah keharmonian kaum. Pada ketika itu, media massa telah dikaitkan sebagai salah satu punca masalah ini tercetus.
Sekiranya kerajaan dapat melakukan sesuatu seperti menyekat penggunaan Internet dari segi jarak penggunaan dan komen – komen yang tidak seharusnya dikeluarkan dalam Internet yang akan mengakibatkan pelbagai masalah timbul. Menurut salah seorang ahli panel iaitu Datuk Ahirudin Atan yang merupakan Presiden Perikatan Bloggers Kebangsaan berucap di Kolokium UiTM, kebanyakan ahli – ahli persatuannya menolak menggunakan etika kewartawanan kerana bagi mereka kebebasan media adalah kekangan kepada falsafah kebebasan media itu sendiri. Hal ini bermaksud mereka menginginkan kebebasan mereka bersuara dalam media dan Internet kerana bertepatan dengan Malaysia yang mengamalkan demokrasi.
Jika kita selidik dan kaji dengan lebih mendalam perkara yang berkaitan dengan isu kebebasan di Internet sebenarnya ia lebih banyak menjurus ke arah keburukan daripada kebaikan. Jika benar kita merasakan kita tidak berpuas hati antara satu sama lain adalah lebih baik mencari jalan penyelesaian daripada bertikam lidah di dalam blog mahupun dalam Internet itu sendiri. Bak kata pepatah lebih baik kita merawat daripada kita mengubati. Seharusnya kita bersatu padu dalam semua bidang bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara demi masa depan kita semua. Elakkan perkara yang pernah terjadi sebelum ini kembali terjadi di masa sekarang. Fikirkanlah demi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta.

contoh artikel dalam internet yang memaparkan artikel lebih daripada 3juta artikel



2 comments:

Nur atilia Mansor said...

gituusss!twerbaek,sila terus mengarang:)

kimskinez said...

apa yg awk point tu bgus..jgn slh guna kuasa dunia siber..

nice entry! keep it up.. =)

Post a Comment

 
;